Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama (Bank Persatuan)

Menyediakan program penyatuan & penstrukturan hutang .Bayaran bulanan yang tetap sepanjang tempoh pinjaman. Berkonsep Syariah Pinjaman sehingga RM200,000. Khas untuk penjawat awam

Kurangkan beban kewangan anda hari ini

Mencapai kebebasan kewangan anda hari ini dengan pinjaman peribadi Co-opbank Pertama (dahulu dikenali sebagai Bank Persatuan). Anda boleh menggunakan pembiayaan peribadi yang berkadar rendah ini untuk menyatukan hutang yang lebih mahal jadi anda boleh kurangkan beban bayaran bulanan pinjaman.

MyRinggit-i adalah sebuah platform pinjaman peribadi online (dalam talian) yang menawarkan pinjaman peribadi bank & koperasi yang cepat, mudah, selamat dan mampu milik. MyRinggit-i mempunyai kerjasama strategik dengan Co-opbank Pertama sejak 2019. Permohonan 100% percuma. Semak kelayakan anda hari ini dengan selamat.

Ciri-ciri Pinjaman Istimewa

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Kadar keuntungan dari 2.95%.
  • Payout sehingga 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal
  • Bayaran melalui biro angkasa
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Proses lebih kurang 1 minggu

Syarat Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC (asalkan majikan ada potongan biro angkasa)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM2,000 termasuk elaun tetap
  • Kira komitmen luar

Mengenali Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) dengan bayaran balik melalui potongan biro angkasa. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. 

Misi Co-opbank Pertama adalah untuk memberi pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota dan juga menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti. Sebagai sebuah institusi kewangan, Co-opbank Pertama menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan pendidikan, pembiayaan hartanah, pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan, produk deposit, akaun simpanan, skim kebajikan, takaful, wasiat dan skim perumahan.

Co-opbank Pertama mempunyai lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas pelanggan membuat permohonan pembiayaan Co-opbank Pertama melalui MyRinggit-i , pelanggan akan diperlukan untuk pergi ke cawangan Co-opbank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran apabila pembiayaan sudah diluluskan.

CEPAT

Semak dan ketahui kelayakan segera , bila bila masa , dimana jua

MUDAH

Hantar dokumen jika setuju dengan kadar. Proses yang mudah

SELAMAT

Wakil pemasaran yang sah . Tiada bayaran pendahuluan diperlukan.

PERCUMA

Service kami 100% PERCUMA , dari semakan kelayakan sehingga dapatkan pinjaman.

FAQ Pinjaman Peribadi Co-opbank Pertama

Adakah perlu menjadi ahli?

Tidak perlu menjadi ahli untuk memohon pembiayaan ini.

Adakah Blacklist layak memohon?

Ya. Blacklist juga layak untuk memohon. Selain blacklist, AKPK, CTOS dan CCRIS juga layak untuk memohon.

Berapa lama proses pembiayaan ini?

Tempoh pemprosesan adalah dari 7 sehingga 10 hari bekerja.

Bagaimanakah tempoh bayaran balik bagi pembiayaan ini?

Bayaran balik potongan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) atau Coshare Holding Berhad.

Bilakah mula pemotongan pembiayaan?

Potongan akan bermula 2 bulan selepas peminjam menerima duit.

Nikmati pinjaman peribadi bank yang lebih mudah & murah sekarang

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk pemohon dengan gaji kasar RM2,000 dan keatas, kadar keuntungan pembiayaan adalah 2.31% setahun untuk tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga maximum 3 tahun, dan 2.67% untuk tempoh pembiayaan dari minimum 4 tahun sehingga maximum 10 tahun. Sebagai ilustrasi, untuk pinjaman RM10,000, bertempoh 10 tahun pada kadar keuntungan 2.67% p.a., jumlah bayaran semula pada hujung tempoh adalah RM12,670.